← Kembali ke Runner Convo UPSI

Panduan · Transkrip · 2026

Cara Mohon Transkrip UPSI Sendiri (Tanpa Runner)

Ramai graduan UPSI tidak tahu bahawa mereka boleh memohon transkrip akademik sendiri tanpa menggunakan runner. Panduan ini menerangkan keseluruhan proses — termasuk kos sebenar, masa yang diperlukan, dan kesilapan biasa yang perlu dielakkan.

1. Syarat asas sebelum memohon

2. Dokumen yang perlu disediakan

  1. Borang UPSI/AKAD4/01 — muat turun dari laman BHEA, isi muka surat 1 dan 3 sahaja.
  2. Penyata Kewangan Pelajar — UniSIS → Account → Financial Information → Generate Report.
  3. Salinan kad pengenalan — dipalang dengan tulisan "UNTUK KEGUNAAN UPSI SAHAJA".
  4. Resit bayaran — resit ePayment yuran konvokesyen atau bukti pembayaran tunggakan.

3. Turutan 4 kaunter yang wajib diikuti

Ini bahagian yang paling kerap memakan masa dan menyebabkan graduan terpaksa kembali lain hari:

  1. Pejabat Keselamatan (Bangunan KPZ, KSAJS) — cop pengesahan tiada halangan keselamatan.
  2. Perpustakaan (UPSI Digital Library, KSAS) — cop pengesahan tiada pinjaman tertunggak.
  3. Jabatan Bendahari (Ground Floor, Kompleks Akademik, KSAS) — cop pengesahan tiada tunggakan kewangan.
  4. BHEA 2 (Tingkat 1, Kompleks Akademik, KSAS) — cop akhir dan penyerahan borang.
Kos sebenar mengurus sendiri: Tol + minyak pergi-balik ke Tanjong Malim (RM120–RM180), cuti sehari, 6–8 jam masa di jalan dan kaunter. Jika dokumen tidak lengkap atau turutan salah — ulang datang lain hari.

4. Tempoh pemprosesan

5. Bila runner lebih masuk akal

Jika anda berada di luar Tanjong Malim — terutama Sabah, Sarawak, atau sudah mula bekerja — kos dan masa mengurus sendiri jauh melebihi RM20. Itulah sebabnya servis runner wujud.

Kira Harga Runner Anda →

Baca juga

Lihat semua artikel & panduan →

Panduan ini berguna? Kongsi dengan rakan graduan anda — mereka mungkin sedang cari jawapan yang sama.
Kongsi di WhatsApp