Ramai graduan UPSI tidak tahu bahawa mereka boleh memohon transkrip akademik sendiri tanpa menggunakan runner. Panduan ini menerangkan keseluruhan proses — termasuk kos sebenar, masa yang diperlukan, dan kesilapan biasa yang perlu dielakkan.
1. Syarat asas sebelum memohon
Anda mesti telah bergraduat secara rasmi (senat telah meluluskan pengijazahan).
Tiada tunggakan yuran pengajian, denda perpustakaan, denda keselamatan, atau denda kolej kediaman.
Penyata kewangan UniSIS menunjukkan baki RM0.00.
2. Dokumen yang perlu disediakan
Borang UPSI/AKAD4/01 — muat turun dari laman BHEA, isi muka surat 1 dan 3 sahaja.
Penyata Kewangan Pelajar — UniSIS → Account → Financial Information → Generate Report.
Salinan kad pengenalan — dipalang dengan tulisan "UNTUK KEGUNAAN UPSI SAHAJA".
Perpustakaan (UPSI Digital Library, KSAS) — cop pengesahan tiada pinjaman tertunggak.
Jabatan Bendahari (Ground Floor, Kompleks Akademik, KSAS) — cop pengesahan tiada tunggakan kewangan.
BHEA 2 (Tingkat 1, Kompleks Akademik, KSAS) — cop akhir dan penyerahan borang.
Kos sebenar mengurus sendiri: Tol + minyak pergi-balik ke Tanjong Malim (RM120–RM180), cuti sehari, 6–8 jam masa di jalan dan kaunter. Jika dokumen tidak lengkap atau turutan salah — ulang datang lain hari.
4. Tempoh pemprosesan
Transkrip biasanya siap dalam 3–5 hari bekerja selepas borang diserahkan.
Anda boleh memilih untuk mengambil sendiri atau dipos (yuran pos dikenakan).
5. Bila runner lebih masuk akal
Jika anda berada di luar Tanjong Malim — terutama Sabah, Sarawak, atau sudah mula bekerja — kos dan masa mengurus sendiri jauh melebihi RM20. Itulah sebabnya servis runner wujud.